荣耀电竞排战队查询app下载

KUANTAN: Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak bermakna kita melupakan tradisi kita, juga ia bukan bermaksud meninggalkan identiti kita, kata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Azizah berkata seseorang masih boleh memiliki nilai-nilai penting dan membesar menjadi rakyat global yang boleh dibanggakan dan pada masa yang sama fasih berbahasa Inggeris.

Meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris juga akan membuka lebih banyak peluang dalam kehidupanan peribadi dan profesional, membolehkan seseorang itu bersaing dalam ekonomi global yang pesat berubah.

“Untuk Malaysia menjadi lebih sejahtera, kita perlu berkomunikasi dan melibatkan diri dengan jiran. Kita tidak boleh menjadi masyarakat yang tertutup, yang turut tidak kita mahukan. Kita harus berbangga dengan negara dan kebudayaan kita.

“Ia menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi ilmu, adat resam dan kebudayaan dengan komuniti dunia yang luas.

“Belajar dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris membolehkan kita melaksanakannya,” kata Tunku Azizah ketika berucap pada majlis Pahang 日博电竞 English Teaching Assistant Showcase 2019 hari ini.

Extracted from * https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/14/tutur-bahasa-inggeris-tak-bermakna-lupa-tradisi-kata-permaisuri-agong/